Rumah terbakar, warga emas maut sesak nafas

Local
22 May 2026 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rumah terbakar, warga emas maut sesak nafas
Seorang wanita warga emas ditemukan maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Seri Tanjung Pengalat Kecil pada awal pagi Jumaat.
Image from: Rumah terbakar, warga emas maut sesak nafas
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Seri Tanjung Pengalat Kecil pada awal pagi Jumaat.

PAPAR - Seorang wanita warga emas ditemukan maut dipercayai akibat sesak nafas selepas terhidu asap tebal dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Kampung Seri Tanjung Pengalat Kecil, di sini pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan bilik air rumah tersebut.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Hamdani Harith berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari BBP Papar.

**media[3529292]**

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang terbakar 90 peratus dan operasi memadam kebakaran segera dilakukan menggunakan sumber air dari pili bomba.

“Terdapat seorang wanita warga emas ditemui tidak sedarkan diri pada jam 7.57 pagi dan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.36 pagi,” katanya.

View Original Article