Wanita warga emas rentung, rumah terbakar

19 May 2026 • 9:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga emas rentung, rumah terbakar
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya, terbakar di Jalan Fook Hin, Batu 12, semalam.

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya, terbakar di Jalan Fook Hin, Batu 12, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, mangsa dikenali sebagai Nicola, 84, itu ditemukan pasukan bomba di ruang tamu rumah pada jam 10.44 malam.

"Mangsa dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku dan mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba.

"Bomba menerima panggilan mengenai kebakaran di rumah itu pada jam 8.38 malam dan 13 anggota Bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Jimmy berkata, anggota bomba menggunakan sumber air daripada tangki jentera bagi memadam kebakaran dan api dapat dikawal daripada merebak pada 9.35 malam.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved