Rumah Wangi Macam Bedak Baby Hanya Guna Dua Bahan Ini Je

Home & Living
29 Dec 2025 • 9:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rumah Wangi Macam Bedak Baby, Hanya Guna Dua Bahan Ini Je

Setiap orang pastinya mahukan rumah yang didiami sentiasa bersih dan kemas selepas seharian penat bekerja.

Malah, bau yang wangi di dalam ruang rumah juga boleh memberikan ketenangan sekali gus menjadikan suasana rumah lebih selesa untuk didiami bersama keluarga.

Namun, pernah tak anda rasa setiap kali membersihan rumah, tetapi bau busuk dan hapak masih lagi tak hilang?

Situasi ini sememangnya membuatkan kita kurang selesa, apatah lagi ingin menyambut kedatangan tetamu.

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan tip untuk mengharumkan rumah anda hanya dengan menggunakan dua bahan dapur ini sahaja di bawah.

Rumah Bau Bedak Baby Dengan Dua Bahan Ini Je

Menerusi perkongsian pengguna Threads @_niesasalleh, dia berkongsi tip untuk mewangikan ruang rumah hanya dengan menggunakan tiga bahan.

“Nampak post hilangkan bau busuk dalam rumah sebab semalam siang ikan tak sempat buang sisa.

“Cuma letak esen vanilla + kayu manis, tak letak daun pandan je. Sekarang rumahku bau macam bedak baby ya,” tulisnya.

Bahan-Bahan

1. Esen Vanilla

2. Kayu Manis

3. Air

Cara Penyediaan

1. Masukkan air ke dalam bekas, satu kayu manis dan dua penutup esen vanilla.

2. Kemudian, rebus bahan sehingga air menggelegak dan siap.

Sumber: Threads @_niesasalleh

BACA: Tip Agar Rumah Kekal Wangi Dan Bersih

BACA: Ikut 4 Tips Mudah Ini Jika Ingin Rumah Anda Selalu Bersih Dan Wangi

The post Rumah Wangi Macam Bedak Baby Hanya Guna Dua Bahan Ini Je appeared first on Siakap Keli.