Rundingan AS-Iran Gagal Capai Perjanjian - JD Vance

WorldPolitics
12 Apr 2026 • 12:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rundingan AS-Iran Gagal Capai Perjanjian - JD Vance

Amerika Syarikat dan Iran dilapor gagal mencapai sebarang perjanjian bagi menamatkan konflik di Asia Barat selepas rundingan maraton selama 21 jam yang berlangsung di Pakistan, lapor AFP.

Naib Presiden AS, JD Vance berkata Washington telah mengemukakan tawaran terakhir yang dianggap paling baik kepada Tehran, namun belum menerima sebarang komitmen asas terutamanya berhubung isu pembangunan senjata nuklear.

image is not available

“Kami meninggalkan rundingan ini dengan satu cadangan yang jelas. Ia merupakan tawaran terakhir dan terbaik

"Sekarang kita akan lihat sama ada Iran bersedia menerimanya,” maklumnya kepada media tempatan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Amerika Syarikat menuntut jaminan yang kukuh bahawa Iran tidak akan membangunkan senjata nuklear, namun perkara tersebut masih belum mencapai kata sepakat.

Washington masih terbuka untuk mempertimbangkan tawaran

Menurut AFP, rundingan berprofil tinggi itu dilaporkan sebagai pertemuan tertinggi antara kedua-dua negara sejak Revolusi Islam Iran pada 1979, dengan Pakistan bertindak sebagai pengantara dalam perbincangan tersebut.

Meskipun tiada persetujuan dicapai, Vance memberi bayangan Washington masih terbuka untuk mempertimbangkan tawaran tersebut oleh Iran, dengan gencatan senjata selama dua minggu yang diumumkan sebelum ini bertujuan memberi ruang kepada proses rundingan.

image is not available

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa keputusan rundingan bukanlah perkara utama, sebaliknya mendakwa Washington sudah mencatat kemenangan di medan konflik.

“Sama ada kita mencapai perjanjian atau tidak, ia tidak penting. Kita sudah menang,” katanya.

Ketegangan turut dilaporkan meningkat di Selat Hormuz apabila Iran memperketat kawalan ke atas laluan strategik itu, yang menjadi laluan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dunia.

Delegasi Iran meluahkan keraguan terhadap keikhlasan Washington

Tentera Amerika Syarikat memaklumkan dua kapal perang telah dikerahkan untuk memastikan keselamatan laluan tersebut, namun Iran menafikan kehadiran aset ketenteraan AS dan memberi amaran keras akan bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan.

Delegasi Iran yang diketuai Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf turut meluahkan keraguan terhadap keikhlasan Washington, dengan menyatakan bahawa pengalaman rundingan sebelum ini sering berakhir tanpa hasil.

image is not available

Difahamkan, Iran menuntut agar sekatan ekonomi dibekukan serta operasi ketenteraan Israel di Lubnan dihentikan sebagai sebahagian syarat perjanjian, namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam agenda rundingan di Islamabad.

Sementara itu, Israel terus melancarkan operasi ketenteraan di Lubnan dengan angka korban dilaporkan melebihi 2,000 orang, sekali gus menambah kerumitan usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

Baca juga: