Rundingan Jarak Jauh, Doktor Rusia Dibenar Guna AI Mulai 1 September Ini

Entertainment
3 Aug 2025 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rusia akan mula menguatkuasakan peraturan baharu teleperubatan mulai 1 September yang membenarkan doktor menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sesi rundingan perubatan.

Langkah ini dilihat sebagai evolusi penting dalam sistem penjagaan kesihatan digital negara itu.

Peraturan tersebut menetapkan empat jenis interaksi teleperubatan termasuk rundingan antara doktor, laporan keputusan diagnostik, rundingan dengan pesakit, serta pemantauan kesihatan pesakit secara jarak jauh.

Doktor masih perlu melakukan pemeriksaan bersemuka terlebih dahulu sebelum meneruskan rawatan jarak jauh.

image is not available

Menurut laporan Astro Awani, AI kini boleh digunakan oleh doktor untuk menyelaras rawatan selagi ia diluluskan secara rasmi, sekaligus memperluas instrumen profesional perubatan.

Pendekatan ini menyasarkan untuk meningkatkan kualiti rawatan terutama di kawasan luar bandar dan dalam kes-kes kecemasan.

Rusia menekankan bahawa teleperubatan bukan semata-mata tentang teknologi, tetapi akses kesihatan yang lebih mudah, cepat dan berkualiti untuk pesakit di seluruh negara.

Ini termasuk pesakit kronik, mereka yang tinggal jauh dari bandar, serta doktor di kawasan pedalaman yang memerlukan pandangan pakar.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, pihak berkuasa memberi tumpuan kepada peningkatan kemudahan teknikal, latihan doktor dan rangkaian hospital.

Kerajaan juga akan memantau pelaksanaan dasar ini agar benar-benar memberi manfaat kepada pesakit dari segi akses, kemudahan dan mutu rawatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article