Rundingan rasmi UMNO-Pas di Perlis disegerakan – Fathul Bari

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 5:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rundingan rasmi UMNO-Pas di Perlis disegerakan – Fathul Bari

KANGAR: Rundingan rasmi antara UMNO dan Pas di Perlis bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan dijalankan secepat mungkin.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, hasil rundingan kelak akan dibincangkan di peringkat perhubungan negeri dengan keutamaan diberikan terhadap aspek kepentingan rakyat, bukan perebutan kerusi.

Katanya, rundingan akan dilaksanakan sebaik-baiknya berikutan dinamik politik negeri ini juga berbeza malah tidak sama seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Pada saya, soal kerusi ini akan dibincangkan. Pas menang di Perlis sembilan kerusi, tiga telah dipecat parti, selebihnya itu, satu kerusi PKR dan lima kerusi Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)

“Bila sebut pasal rundingan ini, macam-macam boleh berunding,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Semarak Perpaduan Indera Kayangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyatakan hasrat supaya kerjasama UMNO dan Pas diterjemahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum diperkukuhkan menjelang PRU16.

Hashim berkata, kepemimpinan Pas Pusat perlu meneruskan rundingan dengan UMNO bagi merealisasikan penyatuan antara kedua-dua parti, selain menggesa pemimpin UMNO dan Pas mengetepikan ego, khususnya dalam soal pembahagian kerusi.

Fathul Bari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata, setakat ini, jemputan berkaitan rundingan telah bermula namun belum ada sebarang perancangan yang jelas.

“Tapi kita terima, di peringkat negeri Perlis, kita menerima tawaran untuk berunding,” katanya.-UTUSAN

The post Rundingan rasmi UMNO-Pas di Perlis disegerakan – Fathul Bari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved