Perlu sedia serah kerusi PM pada Pas jika parti dominan

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 2:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perlu sedia serah kerusi PM pada Pas jika parti dominan

PUTRAJAYA- UMNO perlu bersedia menyerahkan kerusi Perdana Menteri (PM) kepada Pas sekiranya parti itu mampu membina capaian lebih tinggi dalam segmentasi masyarakat ‘elit’ dan berkemampuan untuk menjadi dominan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Pahang, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, Pas dilihat mempunyai kekuatan dalam memonopoli naratif ataupun sokongan pengundi khususnya pengundi Melayu.

Bagaimanapun, katanya, tentu sekali ia akan berlaku perpecahan (frgamentasi) yang agak kritikal sekiranya dua parti ini bertembung.

“Beza kedua-duanya ini dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah kedua-duanya memiliki kecederungan fokus pengundi yang sama iaitu Melayu berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memberikan tumpuan kepada prinsip ‘multiracial’ dalam meraih sokongan.

“Segmentasi PH pula lebih mesra di kawasan urban dan sub-urban berbanding BN-Pas yang memiliki pengaruh besar di kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan yang bersifat Malay-belt,” katanya hari ini

Menurut beliau, sekiranya konsensus untuk menamakan calon PM daripada BN-Pas belum berjaya dicapai, ia berkemungkinan mempengaruhi soal kredibiliti gabungan parti itu dalam usaha menerajui Malaysia sekiranya PRU-16 dilaksanakan.

Katanya, walaupun memiliki potensi dominasi antara BN-Pas,namun ia mampu mewujudkan kegoyahan politik jika persetujuan tidak dicapai.

“Pada masa sama, kekuatan UMNO juga kita tidak boleh dinafikan yang mana dengan pengalaman sebagai parti lama memerintah.

“Kekuatan UMNO adalah parti ini memiliki interaksi politik yang agak komprehensif di peringkat akar umbi dan dalam konteks elit politik dan ia sudah cukup menjustifikasikan kekuatan UMNO khususnya dalam konteks hari ini.

“Bagi PH, dengan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentu sekali itu calon terbaik yang ditawarkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Perlu sedia serah kerusi PM pada Pas jika parti dominan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved