Rundingan tuntutan NSM masih berjalan

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 6:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rundingan tuntutan NSM masih berjalan

KUALA LUMPUR: Rundingan berhubung tuntutan kerajaan susulan pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) masih diteruskan sebelum tindakan undang-undang dipertimbangkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan masih berusaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan dengan pihak berkaitan.

“Sekarang masih dalam rundingan. Kalau kita tidak dapat mencapai sebarang persetujuan, perkara itu akan dirujuk untuk tindakan saman atau timbang tara,” katanya pada sidang akhbar Pemeterian Nota Kerjasama Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta Pelancaran Laluan Pengiktirafan Kemahiran di bawah Inisiatif MyBakat Veteran di sini, hari ini.

Sebelum ini, MINDEF dan Kementerian Luar telah menghantar notis serta surat rasmi kepada kerajaan Norway bagi memaklumkan pendirian Malaysia berhubung  pembatalan perolehan NSM dibangunkan syarikat negara itu, Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA).

Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu  bertujuan memastikan Norway memainkan peranan sebagai pengantara untuk sebarang tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap syarikat pembekal berkenaan

Mei lalu, Mohamed Khaled menegaskan Malaysia tetap meneruskan tindakan saman ke atas pembekal NSM berpangkalan di Norway berikutan kegagalan syarikat itu menghantar aset pertahanan berkenaan susulan pembatalan lesen eksport oleh kerajaan negara terbabit.

Katanya, tindakan itu diteruskan biarpun rakan sejawatannya dari Norway, Tore O Sandvik sebelum ini menyatakan permohonan maaf berhubung keputusan kerajaan negaranya membatalkan lesen eksport NSM kepada Malaysia.

Kerajaan Norway sebelum ini dilaporkan membatalkan lesen eksport NSM kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan atas alasan melindungi keselamatan negara berkenaan.

NSM adalah peluru berpandu antikapal berkeupayaan melaksanakan serangan maritim jarak jauh pada kelajuan subsonik tinggi dengan capaian melebihi 300 kilometer (km). –UTUSAN

The post Rundingan tuntutan NSM masih berjalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved