Rupanya Ini 3 Cara Yang Boleh Dilakukan Jika Ingin Berhenti Ketika Sedang Solat [Video]

11 Jun 2026 • 3:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Rupanya Ini 3 Cara Yang Boleh Dilakukan Jika Ingin Berhenti Ketika Sedang Solat [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi telah menjelaskan berkaitan hukum jika berhenti atau keluar daripada solat yang sedang dilakukan. Bagi solat fardu, terdapat tiga hukum iaitu haram, harus serta wajib. Namun setiap hukum itu bergantung kepada situasi serta niat individu berkenaan.

Manakala bagi solat sunat pula terbahagi kepada dua hukum iaitu harus dan makruh.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Apakah Hukum Menghentikan Solat Secara Tiba-tiba? Ini Penjelasannya [Video]

Ustaz Jafri jelaskan 3 cara untuk berhenti atau keluar dari solat yang sedang didirikan

Susulan daripada penjelasan hukum itu, Ustaz Jafri turut tampil memberikan pencerahan bagaimana cara untuk seseorang berhenti atau keluar daripada solat yang sedang didirikan.

Kata beliau, yang pertama adalah niat individu berkenaan untuk keluar sembahyang. Jika niatnya nak berhenti solat maka individu itu boleh terus keluar sahaja dari sembahyang yang dilakukan.

“Yang keduanya ialah dengan kita bagi salam, sebagai contohnya (membaca ayat terakhir al-Fatihah) dia pun ‘Assalamualaikumwarahmatullah’, dia pun kemudian berhenti,” katanya.

Buat sesuatu perkara yang diluar daripada rukun sembahyang seperti menjawab salam diberikan tetamu

Bagi cara yang ketiga pula adalah dia melakukan satu perkara yang di luar rutin solat.

“Contoh macam makan ke, cakap sesuatu perkataan yang lain daripada perkataan yang boleh digunakan dalam sembahyang.

“Contoh macam dia tengah duduk sembahyang sunatlah, tiba-tiba ada orang bagi salam dia pun (menjawab salam berkenaan) ‘Waalaikummusalamwarahmatullah’.”

Niat jawab salam tetamu

Kata beliau, salam yang dijawab itu bukan perkataan yang ada dalam solat dia, tetapi niat adalah ingin menjawab salam tersebut.

Oleh itu, individu berkenaan telah melakukan perkara yang luar daripada sembahyang terbabit.

Perkara itu dijelaskan oleh Ustaz Jafri selepas ramai yang bertanya bagaimanakah cara untuk berhenti daripada solat selepas beliau menjelaskan mengenai hukumnya.

@jafrimahmoodi_off

Refer kepada Hukum Berhenti Solat dalam video semalam, tibul persoalan pula bagaimana nak berhenti solat tu? #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #fyp

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini 3 Golongan Yang Solatnya Tak Diterima [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved