
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap di antara kita pasti pernah berdepan dengan situasi seperti bimbang untuk lalu di hadapan orang yang sedang solat tidak kiralah di masjid, surau atau pun rumah.
Lebih-lebih lagi jika kawasan tersebut sedikit sempit dan hanya laluan berkenaan sahaja yang boleh digunakan untuk melintas dan sebagainya.
Apabila melintas pasti ada di antara kita bimbang dengan hukumnya serta takut perbuatan itu tidak menghormati individu yang sedang menunaikan solat. Ini kerana, melintasi orang yang sedang solat ada hukumnya harus dan haram..
Rupanya ini cara nak lalu depan orang yang sedang solat
Oleh itu, baru-baru ini Masjid Bandar Seri Putra di Bangi, Selangor telah menunjukkan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melintas di hadapan orang sedang solat.
Menerusi video ringkas yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki sedang solat berdekatan pintu masuk.
Tidak lama kemudian datang dua lelaki berbaju biru dan coklat masuk dari pintu berkenaan dan terkejut sebaik terlihat individu terbabit.
Sebaik menyedari individu itu sedang menunaikan solat kelihatan mereka terus melompat dan segera beredar dari kawasan berkenaan.
“Tak strategiklah tempat abang ni solat,” kata lelaki berbaju biru.
Berdosa besar jika sengaja lalu depan orang yang sedang solat
Lelaki yang memakai baju coklat turut bersetuju dan menyoal adakah mereka berdosa kerana melintas di hadapan orang yang sedang solat.
“Kalau tak sengaja tak mengapa, tapi kalau kita memang dah nampak orang solat dan dia pun ada letak sutrah tapi sengaja lalu juga maka haram hukumnya dan berdosa besar,” jelasnya.
Lelaki itu kemudian meminta lelaki tersebut menjelaskan, apakah yang dimaksudkan dengan sutrah.
Katanya sutrah itu adalah apa-apa objek yang kita (individu mendirikan solat) letak di depan tempat sujud sebagai tanda, supaya orang tidak melintas di depan tempat sujud kita.
“Oh kalau saya pakai kotak ni sebagai sutrah boleh juga lah kan?” soal lelaki berbaju coklat.
Boleh letak apa-apa sahaja objek
Lelaki itu kemudian menjawab boleh, malah ia terpulang kepada seseorang untuk meletak apa-apa objek seperti kerusi, rehal dan sebagainya asalkan ia sesuatu objek boleh dilihat dan melintas di depan sutrah tu.
Sekiranya tidak meletak sutrah dan terlihat seseorang ingin melintas, individu yang sedang mendirikan solat boleh menghulur dan meluruskan tangannya ke hadapan sebagai tanda amaran.
“Jika dia (individu yang ingin melintas) lalu juga, dialah yang tanggung dosa,” katanya lagi
Carilah tempat yang sesuai untuk solat di masjid, dan amalkan penggunaan sutrah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah. Btw jom kita gandakan amalan sedekah Ramadan melalui @ihsanmadani. InsyaAllah ramai yang akan menerima manfaat. #masjidbandarseriputra #solat #sutrah #sedekah
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus hukum melintas di hadapan orang solat terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.
Ia akan jatuh harus sekiranya jarak antara kedua-dua mereka adalah jauh dan bertukar haram sekiranya terlalu dekat.
Tambah Ustaz Azahar Idrus buat orang yang tengah solat sekiranya tangan yang digunakan sebagai amaran tidak dipatuhi mereka boleh menolaknya ke tepi.
Video sama turut menjadi tular di X, serta dikongsikan oleh orang ramai.
“Harapnya kesedaran dan pengatahuan tentang sutrah dapat diperluaskan lagi”

“Kalau dalam mall, yang jenis nak solat dekat belakang. Masuk jelah depan orang lain pun nak solat juga. Ambil belakang orang lain tak boleh masuk ke depan dah.”





