
Rupanya Ini Maksud “CP Nombor” Pada Paket & Botol Minyak Masak
Bagi suri rumah mahupun peniaga makanan, minyak masak merupakan salah satu bahan asas dan utama yang digunakan dalam memasak serta goreng.
Jadi, tak hairan mengapa minyak masak sentiasa laku keras di kedai runcit mahupun pasar raya.
Tapi perasan atau tidak? Setiap kali membeli minyak masakan ini, terdapat label CP6, CP7, CP8, CP10 pada bahagian kandungan minyak yang dilekatkan pada botol.
Pastinya ramai yang dah tertanya-tanya bukan?
Justeru, SK ingin berkongsi maksud di sebalik kod nombor minyak masak ini berdasarkan perkongsian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menerusi Facebook.
Maksud Kod “CP” Nombor Pada Minyak Masak
Menurut KPDN, setiap minyak masak tidak kira botol atau peket mempunyai kod nombor tersendiri.
Setiap kod ini sebenarnya membezakan gred dan kualiti minyak masak tersebut. Terdapat empat jenis kod nombor iaitu CP6, CP7, CP8 dan CP10.
1. CP6
CP6 merupakan minyak masak yang paling sihat. Minyak masak jenis ini mengandungi Vitamin E dan Tacotrienols.
2. CP7
Minyak masak berkod nombor CP7 pula mengandungi asid lemak lebih tinggi berbanding CP6. Asid lemak ini menyebabkan minyak mudah berbuih dan makanan akan lebih mudah serap minyak. Minyak jenis ini sesuai untuk kegunaan masakan dan gorengan.
3. CP8
Minyak masak jenis ini pula lebih cepat berbuih dan menjadi hitam. Oleh itu, tidak digalakkan untuk kegunaan berulang kali.
4. CP10
CP10 dikategorikan sebagai gred yang rendah dan minyaknya jenis cepat berkeladak. Kebiasaannya minyak masak ini ialah jenis minyak masak peket bersubsidi.

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN)
BACA: KJ Hadir Perhimpunan Agung UMNO Dengan Izin Zahid
BACA: 14 Warga Asing Ditahan Disyaki Menggunakan MyKad Palsu
The post Rupanya Ini Maksud “CP Nombor” Pada Paket & Botol Minyak Masak appeared first on Siakap Keli.

