Rupanya Ini Pemilik Asal Baka Durian D168

LocalFood
9 Jul 2025 • 4:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rupanya Ini Pemilik Asal Baka Durian D168

Tidak dinafikan, durian merupakan buah yang sangat popular di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Dikenali sebagai “raja buah”, durian mempunyai kulit berduri tebal dan bau yang cukup ‘menyengat’, sehingga ada yang suka, dan ada pula ‘pening’ dengan aromanya.

Meskipun berduri di luar, namun isi di dalamnya berwarna kuning keemasan atau pucat, dengan tekstur yang lembut dan berlemak dengan rasa yang unik seperti manis, pahit serta berkrim.

Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis durian dengan rasa dan kualiti yang berbeza. Antara yang paling terkenal di Malaysia termasuk Musang King, D24, Black Thorn, dan Durian Kampung.

Tapi pernah tak anda terfikir siapakah yang melahirkan baka-baka durian ini hingga diminati ramai?

Hari ini SK akan berkongsikan hantaran salah satu jenis durian berdaftar jenis D168 atau lebih lebih dikenali sebagai durian IOI menerusi perkongsian Jabatan Pertanian Negeri Johor di bawah.

Pemilik Asal Durian IOI

Inilah wajah Hjh Hasmah Hj Hashim.

Puan pendaftar durian dari baka berdaftar D168 yang turut dikenali sebagai durian IOI, Hjh Asmah ataupun Mas Muar.

Beliau telah mula menjual benih D168 sejak dari tahun 1987 walaupun pendaftaran benih berkenaan hanya dilakukan pada tahun 1989.

Walaupun sudah banyak buah D168 yang dijual di pasaran dek kerana rasa dan warna kuning ke-orenan yang menarik ramai peminatnya, ramai penggemar durian masih berpendapat belum ada mutu buah dari generasi berikutnya yang setanding pokok asal.

https://www.facebook.com/DOAJohor/posts/pfbid02sNdmtmA61N2qWPhU8UnAS3TDDJ3defH9wqWmZS6Z2PdwmptbsZhB7WU6JP2Yh9Hel