Rupanya Ini Teknik Digunakan Pesawat Ketika Pertunjukan Udara

29 Aug 2025 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rupanya Ini Teknik Digunakan Pesawat Ketika Pertunjukan Udara

Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan tiba, persembahan dan perarakan daripada pelbagai unit kerajaan, agensi keselamatan serta pasukan pertahanan negara seringkali mendapat sambutan hangat.

Namun, salah satu segmen yang paling ditunggu-tunggu pastinya adalah pertunjukan udara.

Ini kerana orang ramai dapat menonton aksi lincah pesawat tempur yang seolah-olah ‘menari’ di ruang udara. Jadi, tidak hairan mengapa segmen ini seringkali membuatkan penonton terpukau melihat kemahiran yang dipertontonkan oleh juruterbang.

Baru-baru ini, tular sebuah klip memaparkan pesawat tempur negara melakukan pertunjukan udara ketika sesi raptai Hari Kebangsaan.

Menariknya dalam video berkenaan, pesawat itu dilihat seperti ‘terapung’ secara menegak di udara dalam beberapa saat sebelum kembali menjunam terbang.

@miekapan

Cik su belanja raptai hari kedua sambutan merdeka putrajaya…#merdeka #putrajaya

♬ Bintang Di Surga – Noah

Momen itu menimbulkan pelbagai persoalan, tentang bagaimana dan teknik apa yang digunakan oleh juruterbang.

Untuk makluman, teknik yang digunakan ini dipanggil Maneuvers Cobra.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan mengenai perkara ini di bawah.

Apa itu Maneuvers Cobra?

Cobra Maneuver, yang turut dikenali sebagai Pugachev’s Cobra sempena nama juruterbang ujian Soviet, Viktor Pugachev.

Ia merupakan salah satu manuver aerobatik paling dramatik dan menakjubkan.

Aksi ini dilakukan dengan menerbangkan pesawat pada kelajuan sederhana sebelum menaikkan muncungnya secara mendadak ke kedudukan hampir menegak, kemudian menurunkannya kembali ke posisi mendatar dengan tepat.

Walaupun terdapat jet pejuang lain seperti Saab Draken yang juga mampu melakukan aksi Cobra, namun manuver ini pada asalnya hanya dapat dilakukan oleh pesawat MiG-29 dan Su-27 sahaja.

image is not available
Gambar: MigFlug

Untuk menghasilkan Manuver Cobra yang sempurna, pesawat perlu mencapai sudut serangan sekitar 90 hingga 120 darjah.

Namun, tidak semua juruterbang mampu melakukannya malah, juruterbang ujian Sukhoi, Igor Volk, pernah menjadi korban ketika mencubanya

Jika dahulu Cobra klasik dilakukan sepenuhnya dengan kawalan aerodinamik manual, kini manuver ini lebih mudah dilaksanakan berkat teknologi thrust vectoring.

Aksi ini memerlukan enjin berkuasa tinggi bagi mengekalkan ketinggian sepanjang manuver.

Selain itu, aksi ini juga mempunyai beberapa kegunaan dalam pertempuran udara jarak dekat atau pertempuran udara.

Manuver Cobra boleh berguna apabila jet pejuang dikejar rapat oleh jet pejuang lawan, di mana aksi Maneuver Cobra boleh dilakukan untuk merubah kedudukan pesawat.

Semoga bermanfaat