Rupanya Kurta & Samping ‘Instant’ Ciptaan Fiziwoo Juga Pernah Kena Ciplak Dengan El Azman?

EntertainmentLifestyle
25 Mar 2025 • 12:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini netizen digemparkan dengan kisah tentang suami pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman iaitu seorang pereka fesyen, Emri yang mendedahkan samping rekaan warisan turun temurun keluarganya telah ditiru oleh jenama pakaian terkenal, Elrah.

image is not available 6 hours ago

El Azman Didakwa Tiru Rekaan Samping Warisan Turun-Temurun Suami Tyra Kamaruzzaman - "Dah Mesej Dia Tapi Banyak Alasan"

Menerusi Threads, Emri mendedahkan tentang hal tersebut dan turut menunjukkan tangkap layar mesej daripadanya kepada pemilik Elrah, El Azman untuk berjumpa.

image is not available

Pereka fesyen terkenal, Fiziwoo dilihat memberi komen pada hantaran Emri dan mendedahkan mereka juga pernah menjadi mangsa El Azman.

Dakwanya, El Azman pernah menciplak rekaan dan ciptaannya sebelum ini.

Bukan setakat kurta, samping instant ciptaan kami turut ditiru termasuklah corak dan inovasinya. Dah mereka hanya tukar logo dan warna sahaja.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Tyra Kamaruzzaman dan Emri berkata mereka terpaksa menggunakan platform media sosial untuk menyelesaikan hal ini bersama El Azman selepas cubaan untuk berjumpa dengannya seolah-olah tidak dihirau usahawan itu.

Difahamkan, reka bentuk samping tersebut adalah hasil warisan turun-temurun keluarga Emri sejak tahun 1890 lagi dan Elrah didakwa telah menciplak rekaan itu 100 peratus termasuklah penggunaan warna pada samping.