Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu

LocalCars
5 Jun 2026 • 4:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu

Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu

Setiap hari, jutaan pengguna menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai laluan utama untuk perjalanan sama ada pulang ke kampung, urusan kerja mahupun perjalanan jarak jauh merentasi negeri.

Sepanjang perjalanan ini, pemandu akan sering berdepan dengan pelbagai papan tanda jalan yang dipasang di sepanjang lebuh raya bagi memberi panduan dan maklumat penting.

Namun begitu, tidak semua pengguna jalan raya benar-benar memahami maksud di sebalik setiap papan tanda yang dipaparkan.

Ada antaranya kelihatan ringkas, tetapi sebenarnya membawa maksud khusus yang penting untuk keselamatan dan kelancaran trafik.

Oleh itu, memahami fungsi dan makna papan tanda di lebuh raya bukan sahaja membantu pemanduan menjadi lebih lancar, malah turut meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya.

Maksud Beberapa Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS

Papan tanda di Lebuhraya PLUS bukan sekadar hiasan di tepi jalan, tetapi berfungsi sebagai panduan penting kepada pemandu.

Setiap penanda membawa maklumat tertentu yang membantu keselamatan dan memudahkan perjalanan pengguna lebuh raya.

Penanda Kilometer

  • Penanda jarak lebuh raya setiap 1 kilometer

  • Tulisan berwarna putih dan papan berwarna hijau

Image from: Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu
Kredit: PLUS Malaysia via Facebook

Papan ini dapat dilihat sama ada di tengah rel penghadang atau di bahagian bahu jalan

Penanda ini sangat penting kerana mampu membantu untuk memaklumkan kedudukan anda sekiranya ingin menghubungi sebarang bantuan kecemasan atau kerosakan.

Penanda Hektometer

  • Penanda jarak lebuh raya setiap 100 meter

  • Tulisan berwarna hijau dan papan berwarna putih

  • Image from: Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu
    Kredit: PLUS Malaysia via Facebook

    Papan ini boleh dilihat sama ada di tengah rel peghadang atau di bahagian bahu jalan.

    Penanda ini sangat penting kerana mampu membantu untuk memaklumkan kedudukan anda sekiranya ingin menghubungi sebarang bantuan kecemasan atau kerosakan.

    Penanda Sila Pandu Di Dua Lorong Paling Kiri

    • Tulisan berwarna hitam dan papan berwarna putih

    • Kenderaan berat sila pandu di dua lorong paling kiri

    Image from: Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu
    Kredit: PLUS Malaysia via Facebook
    Baca juga:

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved