Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

LocalPolitics
3 Oct 2024 • 1:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sabari

Kes kehilangan warga emas, Sabari Baharom sejak 4 September lepas akhirnya terjawab selepas penangkapan dua orang suspek lelaki warga tempatan.

Sebelum ini, suspek mengaku mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat hasil daripada soal siasat.

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, suspek mendedahkan niat mereka untuk menyamun tapi wajah mereka telah dicam mangsa.

Disebabkan itu, suspek mengambil tindakan untuk mengikat tangan dan menutup mulut bagi menghapuskan bukti.

Itulah motif pembunuhannya selepas soal siasat ke atas dua lelaki yang ditahan itu dilakukan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Perbuatan mereka itu selepas mangsa cam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh).

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini mangsa masih gagal dijumpai dan operasi pencarian Sabari telah ditamatkan selepas 3 hari berjalan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved