Rupanya Tok Jijoe ada impian terpendam…

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Rupanya Tok Jijoe ada impian terpendam…

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, merakamkan keterujaannya apabila diberi peluang untuk tampil sebagai penyampai anugerah di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 yang berlangsung di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut pemenang pingat perak sukan olimpik Tokyo 2020 itu, pengalaman pertama sebagai penyampai anugerah cukup istimewa – satu pengalaman baharu yang menyeronokkan di luar dunia sukan yang menjadi kebiasaan – ditambah pengalaman berkongsi pentas bersama dua figura hebat bidang penyiaran iaitu Fedtri Yahya dan Low Ngai Yuen.

 

 

    View this post on Instagram           

 

Menariknya, atlet berusia 38 tahun yang mesra disapa Jijoe itu tetap menampilkan displin tinggi dengan melakukan persiapan dan kajian awal mengenai rakan penyampainya di pentas ASA 2026 – Azizulhasni tampil dengan kejutan menjual pantun kepada Fedtri yang sinonim dengan kebolehan berbalas pantun secara spontan.

Azizulhasni yang mengenakan sut berwarna perak dan hitam ke majlis anugerah berprestij itu turut menjadi saksi dan menyampaikan trofi kemenangan bagi Anugerah Liputan Sukan TV Terbaik 2026 yang dimenangi Astro Arena menerusi siaran langsung Sepak Takraw Piala Asia Akhir Kategori Regu – menjadikan keseluruhan dua kemenangan memihak Astro Arena di penganjuran ASA 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved