Rusia, China Kecam Tindakan Israel Langgar Piagam PBB – Pembantu Kremlin

WorldPolitics
19 Jun 2025 • 9:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rusia, China Kecam Tindakan Israel Langgar Piagam PBB – Pembantu Kremlin

MOSCOW, 19 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Rusia dan China berpegang kepada pendekatan yang sama dengan kedua-duanya mengecam tindakan Israel yang melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pembantu Kremlin, Yuri Ushakov pada Khamis.

“Kedua-dua pihak berpegang kepada pendekatan yang serupa dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melanggar Piagam PBB serta norma undang-undang negara yang lain,” kata Ushakov kepada pemberita selepas perbualan telefon antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin China Xi Jinping yang berlangsung awal hari ini.

Xi memberitahu Putin bahawa beliau percaya usaha pengantaraan Rusia dalam konflik antara Iran dan Israel akan menyumbang kepada pengurangan ketegangan “dalam situasi yang amat penting ketika ini,” tambah Ushakov.

“Perbualan itu sebahagian besarnya tertumpu kepada situasi yang semakin meruncing di Timur Tengah … Moscow dan Beijing secara asasnya percaya bahawa tiada penyelesaian ketenteraan terhadap situasi semasa serta isu berkaitan program nuklear Iran,” katanya lagi.

Sumber: BERNAMA