Russia lancar peluru berpandu terbanyak di Ukraine

3 Aug 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Russia lancar peluru berpandu terbanyak di Ukraine

KYIV: Menurut analisis AFP terhadap data Tentera Udara Ukraine yang diterbitkan pada Sabtu, Russia melancarkan jumlah peluru berpandu ter­tinggi pernah direkodkan ke atas negara itu pada Julai, ketika Kyiv sekali lagi menggesa supaya dibekalkan sistem pertahanan antipeluru berpandu balistik.

Kedua-dua pihak telah meningkatkan serangan jarak jauh ketika perang memasuki tahun kelima tanpa menunjukkan sebarang tanda akan berakhir, manakala kemajuan di barisan hadapan hanya dicapai dengan mengorbankan nyawa yang besar.

Russia sekali lagi me­lancarkan serangan ke atas Kyiv pada Sabtu, mengorbankan se­ku­rang -kurangnya sembilan orang, menurut pihak berkuasa.

Laporan harian yang diterbitkan oleh Tentera Udara Ukraine menunjukkan Rusia melancarkan 376 peluru berpandu ke Ukraine sepanjang Julai, iaitu lebih dua kali ganda berbanding jumlah yang dilancarkan pa­da Jun.

Banyak serangan se­pan­jang bulan itu me­nyasarkan ibu negara Kyiv, yang mengalami antara serangan paling dahsyat sejak perang bermula, dengan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam serangan pada malam 2 Julai sahaja.

Russia turut melancarkan 4,956 dron jarak jauh ke Ukraine sepanjang Julai, menurun 14 peratus berbanding Jun.

Kyiv mampu memintas sebahagian besar dron tersebut tetapimasih bergantung kepada bekalan daripada negara sekutu untuk menangkis serangan peluru berpandu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberi amaran bahawa negaranya berdepan kekurangan kritikal sistem pertahanan udara yang diperlukan bagi menangkis serangan peluru berpandu. – AFP

The post Russia lancar peluru berpandu terbanyak di Ukraine appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved