Rusuhan Pekerja Di Sabah, Tidak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan

17 Apr 2023 • 2:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pekerja berang tidak dibayar gaji selama 4 bulan

Rusuhan Pekerja Di Sabah, Tidak Dibayar Gaji Selama 4 Bulan. Satu hantaran video tular di media sosial apabila laman ‘groupMySabah memuat naik perkongsian mengenai kerajaan Sabah tidak membayar gaji pekerja sehingga mereka membuat rusuhan tentang perkara tersebut.

Menerusi video berdurasi 0:54 saat itu menunjukkan kerajaan di Sabah tidak membayar gaji pekerja selama empat bulan, yang telah menimbulkan kemarahan pekerja kerana pentadbiran memandang ringan keadaan itu.

image is not available
Sumber: Facebook

Mana tanggungjawab kerajaan Sabah?

“Apa sudah jadi sama ini kerajaan Sabah? Tidur kah Ketua Menteri, Hajiji Haji Noor? Menteri di KKIP, Phoong Jin Zhe buat apa? Kesian pekerja 4 bulan sudah tidak dibayar gaji,” luah postingan itu sambil ‘tag’ nama Menteri tersebut.

“Mahu beli susu anak, mahu beli barang dapur semuanya tidak boleh sebab gaji TIDAK DIBAYAR. Kali ini kerajaan betul-betul menyusahkan susah rakyat,” tulis di kapsyen itu lagi yang menunjukkan rasa tidak puas hati pekerja.

Sudah viral baru ambil tindakan

Bagaimanapun, Menteri Phoong Jin Zhe turut membalas postingan itu yang menyatakan beliau sudah menghubungi pihak pelabur iaitu SK Nexilis untuk mengarahkan mereka membayar tunggakan itu sebelum Raya.

“Saya sedang memerhati dan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Terima kasih,” ujar Phoong Jin Zhe.

Namun rata-rata netizen berang dengan kenyataan yang diberikan dan mengatakan selama 4 bulan masalah itu timbul, baru hari ini Menteri memberi perhatian dan mengambil tindakan dengan membalas video tersebut.

“4 bulan masalah ini sudahh timbul tidak kan hari ni baru mahu bagi perhatian?? Agak-agak juga la YB bab kebajikan rakyat lama betul tindakan diambil,” tulis laman Facebook MySabah.

“Perkara sudah jadi viral baru mahu ambil tindakan dan bersuara. Page ini untuk menyokong rakyat Sabah jadi kami mahu isu ini diselesaikan segera,” tambahnya lagi.

image is not available
Sumber: Facebook

Baca juga kisah yang berkaitan: