Penduduk Kelantan Ada Yang Buka Puasa Di Tanah Perkuburan, Sekali Ini Respon Mufti Kelantan Sendiri

17 Apr 2023 • 2:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Di bulan Ramadan ini, kita biasa dengar orang berbuka puasa di rumah, restoran atau paling tidak pun di padang terbuka jika mahu iftar secara beramai-ramai.

Tetapi lain pula kisahnya dengan penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh, Kelantan apabila mereka mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.

Menurut laporan media -- Pengarah Program tersebut, Tuan Wi Tuan Ya berkata, ia merupakan acara tahunan mereka bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

image is not available

"Peluang ini kami gunakan untuk berkumpul serta mengadakan tahlil secara beramai-ramai sebelum berbuka puasa.

"Walaupun ada dalam kalangan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, tetapi hubungan antara kami masih lagi kekal terjalin," katanya.

Bagaimanapun, aktiviti yang jarang berlaku itu telah mendapat maklum balas daripada Mufti Kelantan sendiri iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyifatkan tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan adalah kurang sesuai untuk dilakukan.

image is not available

Beliau bimbang tindakan itu boleh menimbulkan pelanggaran adab-adab dan akhlak semasa berada di kawasan berkenaan.

"Sebagai contoh masa ziarah kubur, kalau tidak pakai tudung (golongan wanita) perkara tersebut kurang elok atau semasa berbuka puasa bergaul dengan yang tidak sepatutnya...umpamanya.

"Itu akan jadi masalahnya. Jelaslah kalau begitu ia menjadi pelanggaran akhlak. Saya berpandangan eloklah cari tempat yang lebih sesuai, berbuka puasa di tempat lapang tiada salahnya sebagaimana yang dilakukan ketika ini seperti di atas padang," katanya.

Mengulas mengenai tahlil di kawasan perkuburan, Mohamad Shukri memberitahu, perkara tersebut tidak mendatangkan masalah.

image is not available

Sumber: Sinar Harian