RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) perluas kesalahan dilakukan di luar negara

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 1:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) perluas kesalahan dilakukan di luar negara

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) memperluas pemakaian akta itu bagi kesalahan yang dilakukan di luar negara oleh individu yang mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Menurut naskhah RUU itu yang dipaparkan di portal Parlimen hari ini, pindaan seksyen 3 akta berkenaan menjadikan kesalahan yang dilakukan di luar wilayah boleh disabitkan di bawah akta itu jika dilakukan terhadap kanak-kanak warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia.

Pindaan itu juga menetapkan akta tersebut turut terpakai bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia di luar negara.

“Penggantian seksyen 3 Akta 792 bertujuan untuk meluaskan pemakaian luar wilayah Akta 792 bagi kesalahan di bawah Akta 792 dan kesalahan yang dinyatakan dalam jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, yang dilakukan di luar Malaysia, oleh seseorang pemastautin tetap Malaysia atau seseorang yang pemastautinan lazimnya di Malaysia terhadap mana-mana kanak-kanak.

“… dan oleh mana-mana orang terhadap kanak-kanak yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia atau yang pemastautinan lazimnya di Malaysia,” menurut RUU itu.

RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.

Beliau memaklumkan bahawa bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved