
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri bakal mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber sebagai persediaan menangani sebarang ancaman siber di wilayah ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr Ariffin Arif berkata, buat permulaan satu rangka kerja akan dilaksanakan pihaknya bersama jabatan berkaitan bagi mengkaji keperluan untuk RUU itu.
“Saya minta Setiausaha Tetap KSTI bawa perkara ini bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan RUU ini.
“Ini bagus (RUU keselamatan siber Sabah) dan SUT juga seorang ahli undang-undang, beliau akan berbincang dengan Peguam Besar Negeri Sabah agar usaha ini dapat diperhalusi lagi,” katanya.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan BIMP-EAGA, Cyber Security Summit (BECS) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Rabu.
Hadir sama Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.
Ketika ditanya bila RUU itu akan dibentangkan, Ariffin berkata, ia akan dikemukakan sebaik perkara berkaitan selesai diperhalusi Peguam Besar Negeri Sabah.
Ketika ini, katanya, usaha untuk melengkapi RUU itu akan diberi tumpuan terlebih dahulu bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan keselamatan siber di Sabah.
“Insha-Allah kita akan kemukakannya (RUU) apabila sudah diperhalusi oleh Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah,” katanya.
Dilaporkan, RUU Keselamatan Siber 2024 peringkat persekutuan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas bagi meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses dalam pengurusan ancaman siber.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

