
MEMBAKUT: Sabah bakal menjadi pusat seketariat bagi seni khat peringkat antarabangsa sekaligus menjadi pelopor kepada usaha memperkasa persuratan islami di rantau ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi , Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, usaha itu kini giat dilaksanakan dan buat permulaan penubuhan seketariat akan direalisasikan di peringkat negara-negara Asean.
Menurut beliau yang juga pengasas Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam, sebaik dilaksanakan, setiap negara di rantau Asean akan mempunyai Seketariat Mahrajan Khat Nusantara (MHKN).
“Bagi seketariat MHKN Pusat di Sabah, ia akan ditubuhkan awal tahun depan dan mesyuarat pertama akan diadakan September ini bersama tokoh-tokoh yang arif tentang asas jaringan penulis-penulis khat Asean.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Kita juga akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan negara-negara Asean seterusnya melancarkan seketariat MHKN Nusantara di negara masing-masing.
“MHKN Pusat (Sabah) akan diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Tugas-Tugas Khas,” katanya selepas merasmikan Penutupan Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara, di sini pada Ahad.
Ariffin berkata, penubuhan seketariat itu bertujuan memudahkan sebarang usaha untuk memperkasa kesenian khat di seluruh dunia menerusi penganjuran pelbagai program di masa depan.
Pada masa sama katanya, seketariat MHKN juga dapat menjadi pusat atau jaringan bagi penggiat-penggiat dan pecinta seni khat di negara masing-masing.
“Seketariat ini akan turut memudahkan kita menyalurkan sebarang maklumat atau penganjuran program berkaitan kesenian khat dan kaligrafi di mana-mana negara dalam rantau Asean.
“Menerusi program seumpama itu, semua penggiat seni khat dan kaligrafi ini juga dapat berkongsi pengetahuan serta ilmu di antara satu sama lain, sekaligus memperkukuhkan seni lama Islamiah ini.
“Semua usaha ini adalah inisiatif awal kita bagi memperluaskan kesenian ini hingga ke peringkat antarabangsa dan insha Allah hasil sokongan semua, aspirasi ini akan tercapai,” katanya.
Terdahulu, penyampaian hadiah kepada pemenang penulisan khat spontan dan anugerah pelajar cemerlang serta penyerahan Tabung Bantuan Pendidikan (TBPS) Sabah oleh Ariffin turut diadakan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
