RUU Mengharamkan TikTok Sekali Diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

TechnologyDigital
22 Apr 2024 • 10:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah lagi RUU yang akan memaksa Bytedance menjual perniagaan TikTok mereka telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Sabtu lalu. Kali ini RUU digabungkan sekali dengan RUU meluluskan bantuan kewangan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan bagi tujuan ketenteraan.

image is not available

RUU asal yang diluluskan pada Mac lalu sehingga kini belum dibincangkan oleh Senat kerana menerima tentangan beberapa pihak. Dengan menggabungkan RUU baharu ini dengan pakej bantuan kepada sekutu mereka, penyokong penjualan TikTok berharap ia dapat diluluskan dengan lebih cepat.

Sekiranya ia menerima kelulusan di Senat, Bytedance akan diberikan masa sehingga 12 bulan untuk menjual perniagaan TikTok mereka. Sekiranya ia gagal dilakukan, TikTok akan diharamkan daripada beroperasi di Amerika Syarikat. Aplikasi tidak lagi boleh disenaraikan di stor Android dan iOS.

TikTok telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan tindakan mengharamkan aplikasi mereka boleh dilihat sebagai serangan kepada hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan Amerika Syarikat. Amerika ingin TikTok dijual kerana didakwa menjadi proksi kepada China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved