RUU Mufti pengasingan kuasa majlis agama Islam, mufti dan Mahkamah Syariah

LocalPolitics
22 Oct 2024 • 7:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Na'im

SHAH ALAM - Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah pengasingan kuasa antara majlis agama Islam, mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha yang diambil oleh kerajaan bertujuan untuk memartabatkan dan memperkasakan institusi mufti di Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, dengan pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia.

“RUU ini memperuntukkan sembilan bahagian iaitu bahagian permulaan, mufti dan timbalan mufti, jawatankuasa fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, jawatankuasa falak syarie, jawatankuasa rukyah hilal, jawatankuasa pengawasan pengajaran agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Mohd Na'im berkata, pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan hukum syarak di bawah bidang kuasa mufti akan ditadbir oleh akta berasingan.

“Ini adalah komitmen Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengangkat martabat institusi kefatwaan dalam aspek perundangan, semoga usaha ini akan diberkati oleh ALLAH SWT,” ujarnya.

Sebelum itu, RUU yang sama mendapat kritikan daripada Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mahu berdialog mengenai perkara yang sama.

Mohd Na’im bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana menghormati pandangan semua pihak serta pandangan Mufti Perlis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved