RUU Perolehan Kerajaan diluluskan, pembangkang protes keluar dewan

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas gagal menghalang RUU PK 2025 daripada diluluskan untuk bacaan kali kedua pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat pada Khamis sebagai tanda protes selepas gagal menghalang Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 (RUU PK 2025) diluluskan bacaan kedua menerusi undian belah bahagi.

Tindakan itu dibuat selepas perbahasan tegang oleh wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana RUU tersebut didakwa tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kewangan dan Ekonomi.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan, RUU berkenaan diluluskan dengan 125 undi bersetuju dan 63 undi tidak bersetuju.

AKAN MENYUSUL