RUU pindaan AUKU dibentang Disember ini

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 4:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RUU pindaan AUKU dibentang Disember ini

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang bertujuan menghapuskan peruntukan mengekang kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berpersatuan akan dibentangkan di Parlimen, Disember ini.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui menerusi mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan cadangan yang dikemukakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meminda akta berkenaan.

Menurut beliau, pindaan itu akan memberi tumpuan khusus kepada seksyen-seksyen yang dilihat mengekang kebebasan mahasiswa, termasuk dalam aspek bersuara dan berpersatuan, selain Jemaah Menteri turut bersetuju supaya satu akta baharu dibangunkan bagi menggantikan AUKU sepenuhnya dalam tempoh munasabah.

“Sehubungan itu, Jemaah Menteri bersetuju supaya Menteri Pendidikan Tinggi membentangkan Rang Undang-Undang Pindaan AUKU untuk dibawa ke Parlimen pada bulan Disember ini.

“Itu untuk meminda AUKU, khususnya peruntukan seksyen yang mengekang kebebasan mahasiswa,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Mengulas mengenai sasaran penggubalan akta baharu bagi menggantikan AUKU sepenuhnya, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, proses berkenaan dijangka mengambil sedikit masa dan disasarkan dapat dilaksanakan tahun depan.

Jelasnya, ini kerana KPT perlu mengambil kira beberapa perkara baharu, khususnya berkaitan kaedah pengurusan universiti sebelum akta baharu itu dapat dibangunkan.

“Proses untuk membawa akta yang akan menggantikan sepenuhnya aspek-aspek terutama pendaftaran, penyenaraian, pengurusan universiti dan sebagainya itu akan mengambil sedikit masa kerana pihak KPT perlu mengambil kira beberapa perkara baharu mungkin dalam cara menguruskan universiti.

“Jadi, kita jangkakan pada tahun 2027. Tapi belum dinyatakan dalam mesyuarat yang mana dalam tahun depan,” katanya. – UTUSAN

The post RUU pindaan AUKU dibentang Disember ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved