Ryan Bakery Dedah Digoda Wanita Gersang

EntertainmentLifestyle
15 May 2025 • 9:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ryan Bakery

Nama semakin naik, rezeki pun makin mencurah-curah. Namun, disebalik kemasyhuran, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery, akui dia tidak terlepas daripada menjadi sasaran wanita gersang yang menghantar gambar tidak senonoh ke ruangan mesej peribadinya.

Menurut Ryan, atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, walaupun dia merasakan wajahnya bukanlah ‘helok’ sangat, namun tetap ada individu tidak dikenali yang berani menghantar gambar-gambar mengghairahkan ke akaun Instagram miliknya.

Wanita-wanita yang DM itu memang ada, kadang-kadang apabila saya lihat diri dalam cermin, saya ini tidak lah ‘helok’ (kacak) mana pun.- Ujarnya.

Tambah Ryan lagi, mesej-mesej berkenaan selalunya tersembunyi di ruangan ‘hidden message’ dan akan dipadamkan sendiri oleh isterinya yang setia memantau media sosial suami tercinta.

Isteri rajin ‘scroll’ semua mesej yang saya terima di bahagian ‘hidden message’. Di bahagian itulah banyak gambar yang tidak senonoh dihantar.- Jelasnya.

Ryan Bakery akui isteri jadi kunci kawal diri…

image is not available

Walaupun berdepan godaan, Ryan mengakui dirinya tidak mudah tergoda dan bersyukur mempunyai isteri yang memahami dan matang dalam menguruskan situasi tersebut.

Terletak pada diri sendiri, saya Insya-Allah seorang isteri sudah cukup. Jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi faham-faham sahaja lah.- Katanya lagi.

Menurutnya, isteri juga sering menemaninya ke lokasi kerja dan sentiasa ada di sisi ketika diperlukan.

Dia pun kadang-kadang ikut saya bekerja. Jujur, saya mengaku takut apabila dapat mesej sebegitu.- Tambahnya.

Ryan Bakery tak kisah kongsi gambar keluarga di media sosial…

image is not available

Dalam masa yang sama, Ryan turut bersuara mengenai teguran netizen yang tidak senang dengan perkongsiannya mengenai kehidupan rumah tangga.

Saya selalu dipesan oleh netizen jangan terlalu kongsi gambar kegembiraan dengan isteri, saya jawab salah ke kalau nak muat naik gambar keluarga.- Katanya.

Ujarnya, walaupun ada yang cuba menyibuk hal peribadinya, dia tetap tenang dan memilih untuk hanya mengambil nasihat yang positif sahaja.

Pssttt! Tak kira sehebat mana populariti atau cantik rupa paras, kesetiaan dan kekuatan iman tetap jadi benteng utama dalam rumah tangga. Syabas buat Ryan dan isteri kerana saling memahami dan tidak mudah melatah.

Kredit: ohbulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.