
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.
Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata, anaknya sudah mengalami demam panas sejak Selasa lalu.
"Selasa lalu saya dah perasan dia kurang aktif kerana demam, batuk dan selsema. Jadi saya terus membawanya ke hospital.
"Namun doktor beritahu sekiranya demam masih tidak baik, anak saya perlu dibawa ke hospital semula untuk menerima rawatan lanjut.
"Mulanya demamnya sudah mula baik namun tiba-tiba makin teruk termasuk batuk dan kahak.
"Sebagai bapa sudah tentu saya risaukan keadaannya kerana ini kali pertama kami melihatnya dalam keadaan yang lemah. Saya dan isteri yang melihat pun turut mengalirkan air mata," katanya.

