Rybakina pertahan Terbuka Ningbo

27 Oct 2026 • 8:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rybakina pertahan Terbuka Ningbo

NINGBO: Elena Rybakina meneruskan dominasi di Terbuka Ningbo apabila menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez, 6-2, 6-2 pada aksi final, kelmarin, untuk mempertahankan gelaran kejohanan itu.

Kemenangan itu turut menghadiahkan trofi pertama kepada pemain Kazakhstan berkenaan sejak bergelar pemain No.1 dunia, sekali gus mengukuhkan peluangnya menamatkan musim ini di puncak ranking WTA.

Rybakina, yang muncul juara Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini, membuktikan statusnya sebagai pilihan utama menerusi permainan agresif dan pukulan bertenaga untuk menundukkan Fernandez yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan.

Pemain berusia 27 tahun itu memecahkan servis lawan pada permainan kelima set pertama sebelum melepaskan pukulan kilas silang gelanggang yang menarik untuk mendahului 4-2, sebelum menutup set pembukaan 6-2 dalam tempoh 38 minit.

Fernandez, pemain ranking ke-30 dunia, cuba bangkit pada set kedua, namun Rybakina kekal tenang menyerap tekanan sebelum sekali lagi mematahkan servis lawannya untuk mendahului 2-1.

Juara tiga gelaran Grand Slam itu kemudian tidak menoleh ke belakang untuk melengkapkan kemenangan dalam straight set, sekali gus meraih gelaran keempatnya musim ini dan ke-15 sepanjang karier profesionalnya.

“Hebat dapat bermain di hadapan anda semua. Ini tahun kedua saya di sini dan kemenangan kedua saya. Ningbo tempat yang sangat istimewa buat saya,” kata Rybakina selepas menerima trofi. – AGENSI

The post Rybakina pertahan Terbuka Ningbo appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved