Ryt Bank Kini Membuka Pendaftaran Minat – Bank Digital Oleh YTL Dan Sea Ltd

TechnologyDigital
2 Apr 2025 • 5:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ryt Bank sebelum ini telah memperlihatkan penjenamaan, dan konsep perbankan menggunakan chatbot. Selepas beberapa minggu, kini ia dilihat Ryt Bank telah memulakan langkah persiapan untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka.

image is not available

Ryt Bank kini telah pun menerbitkan aplikasi mereka di Google Play Store dan juga Apple App Store, membolehkan pengguna tempatan untuk memuat-turun dan melakukan pendaftaran minat menggunakannya. Buat masa ini, tarikh pelancaran untuk Ryt Bank belum dinyatakan lagi.

image is not available

image is not available

Ryt Bank menawarkan sokongan perbankan digital, dan menariknya ia turut menyertakan antaramuka dalam bentuk chatbot – membolehkan anda berinteraksi dan menghantar arahan mesej untuk ia melaksanakan sesuatu perkara. Melalui aplikasi juga, ia dilihat Ryt Bank akan menawarkan pulangan 3.0% p.a yang dibayar setiap tahun.

Walaubagaimanapun, untuk makluman pengguna beragama Islam, Ryt Bank adalah bank digital konvensional. Aplikasi Ryt Bank boleh dimuat-turun semua melalui Google Play Store atau Apple App Store hari ini. Selain Ryt Bank, pihak KAF juga turut telah memulakan penawaran aplikasi mereka, namun tidak membuka pendaftaran lagi buat masa ini.