“Takde Kat Korea Kan..” – Netizen Jijik Lihat Video Pakaian Dalam Didakwa Pernah Dihantar Kim Soohyun Pada Kim Saeron

EntertainmentLifestyle
28 Mar 2025 • 10:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas mesej teks antara Kim Soo-hyun dan Kim Sae-ron didedahkan, kini, ada pula video terbaru yang dikatakan pernah dihantar lelaki itu kepada mendiang.

Menerusi saluran YouTube Garo Sero Research Institute, mereka mendakwa bahawa Kim Soo-hyun telah menghantar video peragawati dengan berpakaian dalam di Paris kepada Kim Sae-ron, ketika wanita itu masih di bawah umur.

Khususnya dalam video yang dimuat naik, kendengaran dua suara lelaki termasuk Kim Soo-hyun, sedang mengulas tentang tubuh badan peragawati itu dengan menyatakan,

Sekarang ini saya berada di hadapan beberapa bra dan seluar dalam. Ini adalah..hmm, mereka tidak mempunyai ini di Korea bukan? Maksud saya, badan sebegitu. Dengan bentuk badan dan yang ‘hot’ macam ni. Macam mana wanita Korea boleh mengikut mereka?

Walaupun video itu telah tular serta mencetuskan perdebatan hangat, ramai yang mempersoalkan kesahihannya kerana wajah Kim Soo-hyun tidak kelihatan dalam video tersebut.

Malahan, suara dalam video itu juga belum disahkan lagi milik lelaki itu dan tiada bukti jelas ianya pernah dihantar kepada Kim Sae-ron.

Nantikan respon dari pihak Kim Soo-hyun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved