Ryt Bank Kini Menyokong Apple Pay

LocalTechnology
6 Oct 2026 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ryt Bank Kini Menyokong Apple Pay

Ryt Bank kini mengumumkan sokongan rasmi Apple Pay di Malaysia sekali gus membolehkan pengguna menggunakan iPhone sebagai kad debit digital. Dengan integrasi ini, pengguna iPhone dan Apple Watch boleh membuat pembayaran nirsentuh dengan lebih mudah dan selamat tanpa perlu membawa kad fizikal.

Image from: Ryt Bank Kini Menyokong Apple Pay

Cara untuk menambah Ryt Bank Visa Debit Card ke Apple Wallet pada iPhone atau Apple Watch:

  • Buka aplikasi Ryt Bank > akan keluar paparan “Add your Ryt Card to Apple Pay”.
  • Pilih kad > sama ada Kad Fizikal atau Kad Maya.
  • Sahkan nama & nombor kad, kemudian tekan Continue.
  • Terima Terma & Syarat.
  • Pilih jika mahu tambah kad ke peranti Apple lain (contoh: Apple Watch).
  • Setelah selesai > anda boleh tetapkan Ryt Card sebagai kad utama dalam Apple Pay.

Jika paparan pop-up tidak muncul, anda boleh membuka aplikasi Ryt Bank pada iPhone > menekan Cards pada bar bawah > memilih kad > menekan pad Add to Apple Wallet. Dengan ini, Ryt Bank berusaha meningkatkan pengalaman perbankan dalam talian, memudahkan transaksi harian dan meningkatkan keselamatan pembayaran.

Sumber: Facebook

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved