Wise Kini Sokong Pembayaran QR Antarabangsa Dan Pelan eSIM Boleh Ubah Suai

TechnologyTravel
6 Oct 2026 • 3:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wise kini meluaskan perkhidmatan dengan sokongan pembayaran QR di lebih 50 destinasi serta pelan eSIM yang boleh diubah suai.

Image from: Wise Kini Sokong Pembayaran QR Antarabangsa Dan Pelan eSIM Boleh Ubah Suai

Melaluinya, pengguna boleh membuat bayaran menggunakan PayNow QR di Singapura dan DuitNow QR di Malaysia serta berhubung terus dengan QR Ph di Filipina, Swiss QR-bill di Switzerland dan Qvik di Hungary. Kerjasama dengan Alipay+ turut membolehkan pembayaran di China, Hong Kong, Korea Selatan dan Kemboja tanpa perlu kad bank atau nombor mudah alih tempatan.

Image from: Wise Kini Sokong Pembayaran QR Antarabangsa Dan Pelan eSIM Boleh Ubah Suai

Selain itu, pelan eSIM Wise yang boleh diubah suai bermaksud pengguna hanya perlu memasangnya sekali, dan pelan data ini seterusnya boleh dibeli terus melalui aplikasi. Wise turut menawarkan pulangan wang untuk data yang tidak digunakan, dengan sokongan eSIM yang merangkumi lebih 150 destinasi termasuk Malaysia.

Image from: Wise Kini Sokong Pembayaran QR Antarabangsa Dan Pelan eSIM Boleh Ubah Suai

Pelan data Wise ini ditawarkan dalam tiga pilihan yang merangkumi pelan sedia ada yang membolehkan pengguna memilih pakej mengikut negara atau kawasan yang dilawati.

Kedua, pelan khusus yang memberi kebebasan untuk menentukan jumlah data dan tempoh hari mengikut keperluan dengan pilihan destinasi popular seperti Australia, Jepun, Malaysia, Singapura dan banyak lagi.

Akhir sekali, terdapat pelan global yang sesuai untuk mereka yang kerap mengembara dengan pilihan data 20GB, 50GB atau 100GB yang sah digunakan selama setahun.

Untuk membeli pelan ini, pengguna perlu menggunakan baki dalam akaun Wise kerana pembayaran melalui kad atau akaun bank luar tidak disokong. Caranya mudah dengan hanya log masuk ke aplikasi atau laman web Wise > pergi ke tab Cards > pilih Travel hub > kemudian tekan Travel eSIM untuk melihat pelan yang tersedia. Selepas itu, semak butiran pelan dan sahkan pembayaran.

Sumber: Wise

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved