Ryzal Duriankimchi Dikecam Edit Gambar Ucapan Mengundi Macam ‘Dalam Kenangan’

Entertainment
19 Nov 2022 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga kini, kita dapat lihat ramai orang sudah mula muat naik foto atau video menunjukkan suasana tempat mengundi.

Ada pusat mengundi melihatkan para pengundi beratur panjang untuk menunggu giliran dan ada yang memaparkan foto jari berdakwat selepas menjalankan tanggungjawab bersama ucapan ‘Selamat Mengundi’.

Tapi, lain pula buat Ryzal Ibrahim yang menggunakan pendekatan suntingan gambar berwarna hitam putih dengan ucapan bertulis ‘Selamat Mengundi’.

Ucapan itu dibuat dalam tulisan jawi bersertakan gambarnya di bawah dan dia juga menulis ayat seperti ‘tinggalkan media sosial’ serta tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) malam tadi di Instagram.

 

Dilabel tak sensitif?

image is not available

Umumnya, kita dapat dilihat foto sebegini biasanya adalah satu simbolik ‘dalam kenangan’ untuk seseorang yang dah meninggal dunia.

Oleh itu, tindakan sebegini dilihat seperti membuatkan ramai netizen kurang senang kerana dianggap seperti tidak sensitif. Walaubagaimanapun, ada juga yang terhibur dengan cara yang Ryzal lakukan ini dan anggap ianya bukanlah satu isu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Saya tak bergurau pun – Ryzal Ibrahim

Dalam masa 12 jam, foto tersebut telah meraih sebanyak 17.7K likes dan lebih 1,100 individu yang memberikan pelbagai reaksi tersebut. Menyedari kecaman yang diberikan oleh netizen, Ryzal tampil memberikan respon untuk menegakkan pendiriannya.

Ryzal yang terkenal dengan nama Duriankimchi itu menafikan bahawa tindakannya itu adalah satu gurauan, dia juga menegaskan bahawa tiada apa-apa unsur lawak dalam foto tersebut.

“Saya hanya mengucapkan selamat mengundi, Itu pentingnya kita baca sampai habis, baru buat tafsiran bukan buat anggapan baru baca.”

image is not available

 

Membaca penjelasan yang dibuat oleh Ryzal, ramai netizen masih beranggapan bahawa ianya bukanlah satu tindakan wajar dilakukan kerana ia melibatkan sensitiviti. Namun begitu, ada juga yang menyokong kenyataan tersebut kerana ia satu perkara yang tak patut diambil pusing.

Hurm, apa pandangan korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.