Ryzal Ibrahim dikecam rakam detik cemas anak, Iman Troye tampil pertahan – “Boleh jadi rujukan doktor”

Family & Parenting
3 Jun 2026 • 11:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Iman Troye tampil mempertahankan tindakan pempengaruh Ryzal Ibrahim yang merakam keadaan anaknya di dalam kereta ketika sedang dalam perjalanan mendapatkan rawatan akibat terjatuh daripada katil.

Boleh jadi rujukan doktor

Image from: Ryzal Ibrahim dikecam rakam detik cemas anak, Iman Troye tampil pertahan – “Boleh jadi rujukan doktor”

Tindakan Ryzal sebelum ini menjadi perhatian dan terdapat netizen yang kurang bersetuju dengan perkongsian tersebut di muat naik di media sosial, dan mempersoalkan tujuan rakaman itu dibuat serta keperluannya kepada orang awam.

Menurut Iman, dia berpendapat rakaman berkenaan mungkin dibuat sebagai rujukan kepada pihak doktor selain sebagai usaha memberi kesedaran kepada ibu bapa lain tentang situasi kecemasan yang melibatkan kanak-kanak.

Image from: Ryzal Ibrahim dikecam rakam detik cemas anak, Iman Troye tampil pertahan – “Boleh jadi rujukan doktor”

“Saya rasa Abang Ryzal ni record untuk rujukan doktor, mesti dia dan wife trauma jadi dia spread awareness pada parents lain.
“Kita takda anak, kita tak tahu macam mana rasa bila tengok anak sakit, tak sedarkan diri jadi benda ni penting untuk parents kat luar sana, macam mana nak bertindak. kita nampak benda ni macam kecil, tapi mungkin membantu untuk parents di luar sana. kita cuba pandang yang positive ya,” tulisnya di Threads.

Tambahnya lagi, walaupun sesetengah pihak mungkin melihat perkara itu sebagai sesuatu yang kecil atau tidak perlu dikongsikan, namun ia berpotensi memberi manfaat kepada ibu bapa lain sebagai panduan awal apabila berdepan situasi kecemasan.

Terdahulu, pada Selasa, Ryzal berdepan detik cemas apabila anaknya, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Menerusi hantaran di media sosial, Ryzal berkongsi situasi panik berkenaan sehingga dia dan isterinya, Maryam You Nare, terpaksa bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan sebuah hospital.

Kata Ryzal, Rian pada mulanya menangis dengan sangat kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dengan mata tertutup tanpa memberikan sebarang respons.

Sumber: Threads imantroye