S.O.G & Krisya Jadi Pilihan OST Keluang Man, Netizen Approved! - “Power! Begini Punya Nyanyian, Dah Boleh Bawa Masuk Bertanding Lagu Ni”

22 Feb 2025 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Teka teki mengenai siapakah penyanyi runut bunyi atau OST bagi filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man akhirnya terjawab iaitu Krisya dan kumpulan S.O.G.

Pengumuman itu dimaklumkan secara rasmi menerusi hantaran terbaharu di platform Instagram Astro Shaw.

 

“Keluang Man by Krisya & Sekumpulan Orang Gila (S.O.G), lirik video rasmi telah pun keluar sekarang,” maklum hantaran tersebut.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Netizen approved

Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran, Astro Shaw memberikan sedikit sedutan merakamkan Krisya sedang menyanyikan sedutan lagu tersebut.

Ternyata OST Keluang Man itu mendapat reaksi positif netizen yang rata-ratanya memuji vokal Krisya dan juga pihak Astro Shaw kerana masih mengekalkan nostalgia lagu berkenaan.

Antara komen yang diterima adalah:

image is not available

Buat penggemar filem tempatan, nantikan filem Keluang Man terbitan Astro Shaw yang bakal berada di pawagam tidak lama lagi.

Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.

 

 

 

 

 

Filem ini dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Untuk info, Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.