Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

TechnologyDigital
24 Mar 2020 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

image is not available
Peranti dilengkapi skrin 6.6-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

image is not availableIni dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

image is not availableApa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.