Saarani Menghadap Sultan Nazrin Bentuk Kerajaan BN-PH Di Perak

Politics
21 Nov 2022 • 11:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Saarani Mohamad - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad bakal menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 12 tengahari ini bagi memohon perkenan untuk membentuk kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pentadbir utama.

Sumber memberitahu The Vibes dan Getaran bekas Menteri Besar itu mendakwa bahawa gabungannya memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan gabungan.

“Saarani dijadual menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta pada jam 12 tengahari ini. Beliau mendakwa memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan,” kata sumber berkenaan.

Sekiranya Sultan yakin BN mempunyai majoriti, istiadat angkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berakhir baru-baru ini, BN berjaya memperoleh hanya sembilan kerusi DUN.

Perikatan Nasional (PN) memperoleh kerusi terbesar iaitu 26 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) dengan 24 kerusi.

Bagaimanapun, tiada gabungan yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan tanpa bekerjasama dengan gabungan saingan lain.

Secara keseluruhan, Perak mempunyai 59 kerusi DUN di mana majoriti mudah untuk membentuk kerajaan memerlukan 30 kerusi. – The Vibes, 21 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved