
MEMBAKUT: Selepas Sijil Nikah Digital, Sabah akan memperkenalkan Kad Digital Mualaf dalam masa terdekat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata inovasi kad tersebut merupakan inisiatif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) untuk memudahkan urusan golongan yang memeluk Islam.
“Berbanding sebelum ini pendaftaran adalah secara manual dan terpaksa menunggu tempoh tertentu untuk dapatkan kad pengislaman.
“Juga antara kelebihan kad pengislaman digital ini adalah soal keselamatan dan memudahkan pihak jabatan menyemak status mualaf secara pantas.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Sebagai contoh, sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kematian dan mudah-mudahan kad ini akan memberi manfaat besar kepada golongan mualaf di Sabah,” katanya dalam Program Semarak Ramadan bersama Mualaf Dun Membakut ke-15 di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping, di sini.
Katanya, menerusi inisiatif itu kad pengislaman dapat keluar dengan cepat dan selamat serta identiti mualaf di negeri ini dapat direkodkan dalam pangkalan data jabatan terbabit.
Mohd Arifin menekankan keharmonian dan menggesa golongan mualaf agar terus mengekalkan silaturrahim dengan keluarga meski berbeza agama.
“Saya ingin menekankan memilih Islam bukan bermakna berpisah dengan keluarga yang bukan Islam,” katanya.
Majlis itu bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu serta hukum hakam melalui dua ceramah, menyampaikankan Bingkisan Syawal kepada 590 mualaf dari seluruh kawasan Dun Membakut serta merapatkan silaturrahim dengan golongan terbabit.
Antara yang hadir ialah Pengarah Jheains Jumain Abdul Ghani dan Timbalan Yang Dipertua Muis Datul Malai Ali Malai Ahmad.
Terdahulu, Mohd Arifin menyampaikan zakat kepada 150 murid di Sekolah Kebangsaan Pekan Bongawan.
Ketua Pelajar, Nurrahdatul Arissa Mohd Rasdi, Tahun 6 Kenari yang ditemui memaklumkan wang RM200 yang diterimanya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama untuk membeli buku serta peralatan sekolah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Wang ini memang untuk membeli buku-buku dan keperluan sekolah selepas Hari Raya nanti,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
