Sabah buru permulaan positif

20 Sep 2023 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kim Swee (dua, kiri) dan pengendali Hougang United, Marko Kraljević (dua, kanan) pada sidang akhbar pra perlawanan pada Rabu.

SABAH FC memburu permulaan positif dalam aksi pembukaan Kumpulan H Piala AFC 2023 menentang pasukan dari Singapura, Hougang United di Stadium Likas pada Khamis.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kemenangan dalam aksi tersebut amat penting yang akan menjadi momentum berharga untuk The Rhinos dalam saingan Piala AFC itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu para pemainnya mengambil mudah aksi tersebut dan akan turun dengan persembahan terbaik menentang juara Piala Singapura tahun lalu itu.

"Dalam setiap perlawanan berbeza terutama dalam saingan AFC. Walaupun mereka (Hougang) bermain di atas padang tiruan di Singapura dan akan bermain di padang berbeza di Likas tidak akan memberikan masalah kepada mereka.

"Kita tidak boleh ambil mudah dan kita tahu apa yang perlu kita lakukan esok dan penting untuk kita dapatkan keputusan positif," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Rabu.

Dalam pada itu, Kim Swee juga menyasarkan untuk Sabah mara sejauh boleh dalam kejohanan tersebut seperti yang telah dilakukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur sebelum ini.

"Tetapi, kita perlu fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan. Ini penting bagi memastikan kita tidak memikirkan terlampau jauh dimana banyak lagi perlawanan yang kita perlu lalui selain piala AFC.

"Dalam masa sama tiada tekanan buat kita dan saya percaya pemain yang ada dalam Sabah FC mempunyuai pengalaman luas di peringkat antarabangsa.

"Mereka mampu mengawal tekanan dengan baik kerana pengalaman bermain di peringkat lebih tinggi. Ini satu kelebihan buat kita," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved