Sabah catat pegangan pertanian tertinggi

LocalBusiness & Finance
17 Jul 2025 • 11:00 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan bilangan pegangan pertanian tertinggi di Malaysia dengan 159,259 pegangan dan terus menjadi antara negeri penyumbang utama sektor pertanian negara.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, daripada jumlah tersebut subsektor tanaman mencatatkan jumlah tertinggi dengan 140,018 pegangan diikuti perikanan tangkapan (14,903), ternakan (2,242), akuakultur (2,164) serta perhutanan dan pembalakan (162).

“Negeri ini merekodkan 17.4 peratus daripada nilai jualan subsektor tanaman, sekali gus berada dalam kelompok empat negeri tertinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sabah turut termasuk dalam tiga negeri teratas bagi subsektor perikanan tangkapan (13.8 peratus) serta perhutanan dan pembalakan (19.6 peratus).

“Data Banci Pertanian 2024 juga menunjukkan bahawa sektor pertanian di Sabah didominasi pegangan pertanian individu berumur 46 tahun ke atas iaitu lebih 70 peratus.

“Sementara itu, sekitar 35 peratus pegangan pertanian individu dilaporkan tidak memiliki sebarang sijil atau kelulusan pendidikan dan secara keseluruhan cerapan ini memberi gambaran yang jelas mengenai profil semasa pengusaha tani di Sabah.

“Laporan ini bukan sahaja memberi gambaran menyeluruh mengenai landskap semasa sektor pertanian, malah menjadi landasan penting dalam merangka dasar dan strategi yang berimpak tinggi,” katanya semasa Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sabah, Selasa.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, memaklumkan pada 2023 jumlah keluasan kawasan bertanam di Sabah direkodkan seluas 1,782 hektar dengan sebahagian besarnya diusahakan oleh pegangan pertanian pertubuhan.

“Ini menggambarkan peranan penting organisasi dan syarikat dalam membentuk landskap pertanian negeri yang didominasi tanaman komoditi khususnya kelapa sawit.

“Daripada jumlah keseluruhan keluasan bertanam ini, seluas 1,574.4 hektar atau 88.3 peratus merupakan kawasan bertuai,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr Mohd Uzir berkata selain pelaksanaan Banci Pertanian setiap 10 tahun sebagai usaha memperkukuh sistem statistik pertanian negara, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan memperkenalkan tinjauan pertanian jangka pendek untuk memastikan data statistik kekal relevan dan responsif terhadap trend semasa pada 2026.

“Hasil daripada Banci Pertanian 2024, Portal Sistem Statistik Pertanian Bersepadu atau dikenali sebagai TaniStats telah dibangunkan oleh DOSM,” jelasnya.

Berdasarkan laporan Banci Pertanian 2024, Keningau mencatat jumlah pegangan pertanian individu tertinggi di Sabah dengan 14,100 orang, diikuti Ranau (12,862) dan Kota Marudu (12,627) manakala dari nilai jualan, Kinabatangan merekodkan jumlah tertinggi iaitu RM4.15 bilion, diikuti Tawau (RM3.93 bilion) dan Lahad Datu (RM3.50 bilion).