Sabah Dipilih Sebagai Lokasi Penggambaran Sea Gypsies, Sebuah Filem Sejarah Dari China

23 May 2024 • 8:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peluang untuk Sabah mengetengahkan keindahan negeri di bawah bayu

Sabah Dipilih Sebagai Lokasi Penggambaran Sea Gypsies, Sebuah Filem Sejarah Dari China. Sabah bakal menjadi lokasi penggambaran filem bertaraf antarabangsa “Sea Gypsies” hujung tahun ini.

Penerbit Filem BWG Vision Tech Sdn. Bhd, Mohamad Aliff Najmi Abdullah berkata filem genre fiksyen sejarah usahasama di antara Malaysia dan China itu bersempena dengan 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara tersebut.

image is not available
Sabah Dipilih Sebagai Lokasi Penggambaran Sea Gypsies, Sebuah Filem Sejarah Dari China. Sumber: NST

“Sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peratus penggambaran filem akan dilakukan di Sabah dan antara lokasi yang berada di dalam perancangan ialah Semporna, Tawau, Tuaran dan Sandakan.

“Apabila siap filem ini bakal ditayangkan di 10,000 panggung di China dengan jumlah jangkaan seramai 60 juta penonton dan ini akan menjadi satu peluang yang baik untuk memperkenal keindahan Sabah.

“Ia juga dijangka akan membantu menaikkan pertumbuhan ekonomi sektor perfileman termasuklah dalam sektor pelancongan negeri ini,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Terdahulu, turut membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar ialah Konsul Jeneral Republik Korea di Kota Kinabalu, Yoon Ockchae dan rombongan yang bertujuan untuk memperkenalkan diri, di samping berbincang mengenai kerjasama untuk meningkatkan sosioekonomi bagi kedua-dua negara.

Baca lagi artikel menarik: