
Kota Kinabalu: Sabah FC kembali meraih kemenangan apabila menewaskan Negeri Sembilan FC 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.
Saddil Ramdani menjaringkan gol pembukaan dalam masa lima minit apabila pertahanan tuan rumah tidak dapat mengeluarkan lontaran masuk jauh daripada Daniel Ting dan bola jatuh di laluannya dan dia tidak melakukan kesilapan dari jarak dekat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kedua-dua pasukan tidak dapat menyempurnakan peluang yang dicipta selepas jaringan itu sehingga minit ke-71 apabila Joao Pedro menjaringkan gol kedua dengan bantuan daripada Stuart Wilkin.
Pasukan tuan rumah akhirnya mencipta jaringan pada minit ke-82 menerusi rembatan Hein Htet Aung. JOAO Pedro meraikan jaringannya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Gol itu mencetuskan penamat mencemaskan dengan Negeri Sembilan mencuba sedaya upaya untuk mencari gol penyamaan tetapi Sabah FC kental bertahan dan Gabriel Peres juga sempat mengeluarkan bola dari garisan pada penghujung perlawanan.
Ketua jurulatih Rhinos, Martin Stano mengakui ia adalah perlawanan yang sukar dan mereka bernasib baik untuk mengutip tiga mata penuh.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Perlawanan itu penuh dengan drama. Sukar buat kami sepanjang perlawanan, terutama pada separuh masa pertama walaupun mendahului satu gol.
“Kedua-dua pasukan mencipta banyak peluang sehingga wisel penamat. Saya akui kami bernasib baik. Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan terutama selepas kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang di laman sendiri dalam perlawanan terakhir mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan Piala Malaysia yang lalu, jadi kami menjangkakan perlawanan yang sukar juga,” katanya.
Stano menyeru pemainnya untuk terus bekerja keras dalam mengekalkan momentum sehingga akhir musim.
“Kemenangan ini sudah tentu memberi keyakinan yang diperlukan untuk mengejar Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) FC. Bagaimanapun, perjalanan masih panjang dengan banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dan kita akan lihat berapa banyak mata yang boleh kita kutip menjelang penghujung musim.”
Stano juga berkata beliau kini akan mengalihkan fokusnya untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi aksi timbal balik perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Temerloh.
Sementara itu, Sabah FC telah merapatkan jurang dengan pasukan tangga kedua Selangor FC susulan kemenangan itu. Mereka kini hanya ketinggalan tujuh mata dengan mengumpul 32 mata, sambil berkelebihan satu perlawanan.

