
Kota Kinabalu: Sabah FC melakar kemenangan selesa 3-1 menentang pasukan kebangsaan Brunei dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Padang dan Balapan Stadium Hassanal Bolkiah, pada Rabu lalu.
Pemain import Brazil, Ramon Machado meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-11 menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari di dalam kotak penalti.
Walaupun menguasai permainan, Sabah FC gagal menambah satu lagi jaringan selepas gol pembukaan.
Sebaliknya tuan rumah yang menemui jaring apabila Adi Said melepaskan rembatan kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol penyamaan pada minit ke-58.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Jafri Firdaus Chew, yang menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebelum itu, mengembalikan kelebihan Sabah FC pada minit ke-69 sebelum pemain gantian Mohd Sappie Ashri menambah gol ketiga pada minit ke-81 dengan rembatan dari jarak dekat.
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata perlawanan itu merupakan latihan yang baik untuk kedua-dua pasukan memandangkan Brunei sedang bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia, manakala Sabah FC bersiap sedia untuk saingan Piala AFC menentang Hougang United dari Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan H di Stadium Likas pada 21 September.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


