Sabah FC raih slot ke Piala AFC

26 Nov 2022 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASUKAN Sabah FC sah akan beraksi di pentas Piala AFC selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2022 sebentar tadi.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sekiranya juara bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia merupakan kelab yang sama, maka, slot kedua ke saingan Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selepas mengumpul 42 mata dari 22 perlawanan.

Sementara itu, slot pertama ke saingan Piala AFC pula menjadi milik Terengganu FC setelah menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

Pasukan JDT bimbingan Hector Bidoglio pula meraih slot tunggal ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim hadapan hasil daripada meraih kejuaraan Liga Super.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved