
Kota Kinabalu: Undang-undang anti lompat parti yang pernah digubal di Sabah perlu dikembalikan semula, kata Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau berkata Perkara 182(d) dan (e) Perlembagaan Negeri telah dimansuhkan, berkuat kuasa 9 November 1995, selepas Umno mengambil alih Kerajaan Negeri daripada PBS.
Perkara 18(2) Perlembagaan Negeri ialah peruntukan bagi ahli yang dipilih atau dicalonkan untuk mengosongkan kerusinya dalam Dewan Undangan Negeri.

