Sabah juara kumpulan B

8 Mar 2023 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemain badminton Sabah muncul juara kumpulan B dalam Kejohanan Badminton Elit Remaja AFFIN-100Plus (pusingan pertama) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Putrajaya, hujung minggu lepas.

Mereka memenangi keseluruhan enam emas, empat perak dan lima gangsa dalam pertandingan lima hari itu.

Emas diraih Mohd Syahmi Rizq Senawing menerusi perseorangan bawah 12 tahun dan beregu bersama gandingannya Mohd Firdaus Abdullah, Datu Anif Isaac Datu Asrah menerusi perseorangan lelaki bawah 16 tahun dan beregu bersama Hymns Isaiah Shim, Lim Ke Xuan menerusi perseorangan perempuan bawah 14 tahun dan Jola Lim Zi Yu untuk perseorangan perempuan bawah 16 tahun.

Perak disumbang oleh Mohd Airulsyam Ambri (perseorangan lelaki bawah 12 tahun) dan Mohd Nur Azhar Zunaide (perseorangan lelaki bawah 16 tahun), Saidatul Saadiah Muhammad (perseorangan perempuan bawah 16 tahun), Saidatul/Jola Lim (beregu perempuan bawah 16 tahun), manakala pemenang pingat gangsa adalah Mohd Firdaus Abdullah (perseorangan lelaki bawah 12 tahun), Kerwin Soh Jun Vui (perseorangan lelaki bawah 14 tahun), Mohd Airulsyam Ambri/ Muhd Aqalil Tarzan (beregu lelaki bawah 12 tahun), Muhammad Iqbal Yusuf/ Edwin Soong Pei Xuan (beregu lelaki bawah 14 tahun) dan Chua Jing Xuan / Clarylyn Ashebelle Nuli (beregu perempuan bawah 14 tahun).

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Sabah Janih Bangud mengucapkan tahniah kepada pemain dan turut memuji jurulatih dan pegawai atas sokongan mereka.

Beliau menyeru pemain supaya meneruskan kerja keras mereka sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung di Negeri Sembilan dari 7-11 Jun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.