Sabah kekal di persada

5 Nov 2022 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah mengekalkan cengkaman mereka dalam carta pungutan pingat pada Sukan Para Malaysia (Para Sukma) di Kuala Lumpur setakat pukul 5 petang Jumaat.

Mereka kekal di persada dengan 25 emas, 19 perak dan 12 gangsa diikuti juara bertahan Sarawak dengan 20 emas, 20 perak dan 24 gangsa.

Pada Khamis, mereka memintas Sarawak untuk mendahului buat kali pertama dengan pingat keseluruhan 19 emas, 13 perak dan tujuh gangsa manakala Sarawak hanya berjaya mengumpul 15 emas, 13 perak dan 15 gangsa.